Assalam w.b.t
kepada semua tourer2 sekalian.
sudah lama rasanya den x update blog ni..
sejak den jual moto ari 2,den da kurang bwk moto da.
insyaAllah, next year den nak amik..sbb da xleh nk menampung betapa giannya riding..
sedang dalam proses untuk membuat pemilihan dan pembandigan..
da setahun rasanya den membuat penilaian yg terbaik buat den..
basically, moto sebenarnya sume sama dari segi fungsinya, namun, nilai tambah yg diterapkan oleh pengeluar yang membuatkan sesuatu model itu nampak berbeza dari yang lain.
ok, pada entyr kali ini, den akan intro serba sedikit tentang 1 segmen penunggangan iaitu "touring bike"..touring bike ni ada beberapa kelas tersendiri namun kali ini, den sentuh kpd dual purpose touring bike.
ini kerana den amatlah terlalu cintakan touring bike sejajar dengan minat den.
bagi yang minat bunyi kuasa kuda yang garang, hentikan lah dari memilih dual purpose touring bike, kerana rata2 dual purpose touring bike di bina utk lasak dan long distance. sebab itu kebanyakan jentera ini di jana dengan kuasa yang besar, tetapi jumlah selinder yang kecil. 2 piston sahaja.
ok,xperlu buang masa, moh kite tgk2 gambar yer? den xrank moto mengikut mana yg terbaik, tp den tepek je mana yg den minat.
1) Suzuki VStrom
Jentera buatan suzuki ini di jana dengan enjin Vtwin yang mana mempunyai daya perjalanan jarak jauh yang mantap. tambahan, bentuk gaya pemanduan dan postur yang egronomik mengurangkan keletihan semasa memandu. harga pasaran di Malaysia tidak pula saya ketahui.
2) Yamaha Super Tenere (tenerey)
Yamaha Super Tenere ini merupakan salah 1 moto yang pernah mengungguli Rally Dakar. di janakan oleh enjin 1200cc Vtwin, motor ini sedikit berat berbanding BMW GS memandangkan size badan yang agak besar. walaupun di gerakan dengan 2 omboh sahaja, ini lah keunikan dual purpose touring bike yang sememangnya di tala untuk tunggangan jarak jauh. omboh atau piston yang di gunakan bagi jentera ini sama seperti yang di gunakan oleh Yamaha R1. Harga seunit Super Tenere adalah RM128k manakala tenere yang berkuasa 600cc berharga rm70k. den hanya melihat sekali sahaja di atas jalan di shah alam seksyen 7. ini merupakan sebuah jentera yang padu dan mantap
3) Triumph Tiger 1200
Triumph merupakan sebuah pengeluar moto gergasi suatu ketika dahulu, namun penguasaan nya di Malaysia tampak sedikit tenggelam berbanding pengeluar2 yang lain. namun, melihat dari segi susuk tubuh, si tiger ini tidak boleh di pandang enteng, dengan kelas yang tersendiri, jentera ini menampilkan 3 omboh sebagai taruhan berbanding pencabar2 yang lain. peminat triumph merupaka mereka yang berada di dalam kelas tersendiri kerana jenama ini mempunyai 1 jiwa atau nostalgia yg sangat legend.
4) Ducati Multi - Strada
tidak di sangkal lagi, ducati merupakan sebuah jenama yang menjadi pingitan para penunggang touring kerana kuasanya yang mantap dan susuk badannya yang seksi. dijanakan dengan 2 ekor kuda berkuasa 1200cc, multi - strada mampu memenuhi keinginan anda dalam menjelajah kemana sahaja yang anda inginkan. di Malaysia, jentera ini di jual sekita rm120k.
5) BMW F800GS
BMW merupakan pengeluar motor yang disegani dek kualiti dan ketahanan enjin nya. rata2 pengguna bmw tidak byk komplen mungkin di sebabkan poket mereka yang sememangnya lebat. f800gs. no komen, mmg power. di Malaysia, motor second hand boleh di dapati degan harga RM80K
6) Honda Africa Twin 750
Africa Twin merupakan salah satu ikon lagenda dual purpose touring bike dek kerana kelasakkannya dalam membadai apa jua jenis permukaan jalan. jentera ini bagi den tersangat legend kerana den sudah meminati jentera ini sejak kecil lagi. 20 tahun yang lalu. masih lagi meminati jentera ini. beberapa tahun lepas,ianya ada den nmpk di jual dengan harga sekita 20 - 40K mengikut keadaan enjin dan motor. sesape yg pakai moto ni memang brader2 laa.
7) KTM Adventure 1190
KTM atau di kenali dengan (hgohbhjgpfibwqpehbf) susah nk sebut pasal bahasa Austria merupakan moto yang byk memenangi sukan2 extreme lebih2 lgi yang di anjurkan oleh red bull, maklum laa, sama negara kn? KTM jika dilihat pada tahun2 dahulu kurang pelebaran sayapnya di malaysia, namun kini, sudah mudah di dapati. salah 1 brand yang lebih kurang ktm adalah husqavarna (ejaan salah), itupun dari Austria. mmg mantop.
8) KAWASAKI Versys 650/1000
Kawasaki merupakan peneraju moto berkuasa tinggi dengan harga yang murah, ini membuatkan kebanyakan pengeluar moto terduduk dek di sailang oleh kawasaki yang mempunyai 1 pengkalan besar di thailand dan juga malaysia. dengan harga yang rendah dan enjin yang boleh tahan sedapnya, versys menjadi pilihan penunggang tourer dek kerana kemudahan mencari spare part dan juga mudah di kendalikan. bagi den, klu da xckup baet sgt, pki versys pn mantop sbb mereka yg membuat konvoi ke mekah tempoh hari, rilex je versys pergi tnpa ada permasalahan.
berikut adalah beberapa jenis motor dual purpose touring yang den tulis mengikut pengetahuan den. saje den xtulis dengan sangat detail sebab korang kne la wat study sendiri. baru tmbah knowledge..lagipun den malas nak taip panjang2..penat..hoho.
so jika anda lihat di sini, dual purpose mempunyai persamaan dari segi enjin dan design..
oleh itu, anda perlu lah menetapkan segmen motor yag manakah ingin anda pilih. jika sudah tahu, maka mudah lah untuk anda membuat pilihan.jika minat berlumba, pergilah ke sport bike yg lebih menjanjikan paduan kuasa dan bunyi yag mengasyikan. namun jika anda spt saya yang mmg minat travel jauh2, touring bike adalah yang terbaik. akan saya naikan post bagi segemen sport touring bike nanti.
insyaAllah..
segala pandangan dan ulasa dari blog ini merupakan sedikit pengetahuan den yang mmg minat motor dr kecik lagi..
Assalam








No comments:
Post a Comment